VIRAL Hari Ini..!! Akhirnya,, Giliran Ayu Raudhah Pulak “TUNTUT JANJI” Zaquan.. Tulah , Jangan Jadi Batu Api Sangat ! Kembar Tak Lari Jauhla Perangainya ! huhuh
SATU ketika dulu, wajah aktres jelita, Ayu Raudhah atau nama sebenarnya Raudhah Che Wan @ Abu Bakar sering kali menghiasi kaca televisyen.
Namun, sejak mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Zaquan Adha Abdul Razak, pada 2011 lalu, Ayu mengambil keputusan untuk menumpukan lebih perhatian kepada keluarga, sementelah dikurniakan dua cahaya mata yang masih kecil.
Dalam kesibukannya menguruskan keluarga, siapa sangka pelakon yang berusia 30 tahun ini berjaya melakar kejayaan tersendiri apabila tercalon sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Lagenda Budak Setan 3 : Kasyah, pada Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM 27).